Sabtu, 12 Julai 2008

WARKAH BUATMU KEKASIHKU

Kepada Kekasihku Wahai Sang Puteri,
Kisah percintaan antara Puteri Impian dan Putera Impian memang unik dan fantastik. Umpama kisah pengembaraan kealam impian yang tidak bertepi. Lautnya tenang tidak berombak. Bayunya nyaman. Cahayanya tidak gelap, tidak juga terang. Sampai bila kisah kasihsayang mereka akan bersemi. Manisnya semanis madu dari kayangan, masinnya seperti air laut dari tengah lautan.
Sang Putera sering membelai sayang kekasihnya Sang Puteri. Dakapannya sentiasa erat, seerat rasa kasih yang tidak pernah renggang walau badai melanda sekuat tiupan puting beliung. Apakah kasihnya Putera kepada Puteri Impian akan berakhir? Tak mungkin, didalam dunia mereka, tidak ada siang, tidak ada malam.
DARI SANG PENCINTAMU, PUTERA IMPIAN.

KERINDUAN PADAMU PUTERI IMPIAN

entah sampai bila aku terus merinduimu
mencarimu dimana-mana
dalam jaga aku melihat kau datang
lalu kudakap erat tubuhmu
hangat meresap ketubuhku

sampai bila aku mesti menantimu sayangku
aku terlalu rindu padamu puteriku

sayang teramat sayang dari
PUTERRA IMPIAN.

Isnin, 7 Julai 2008

PUISI UNTUK PUTERI IMPIAN

Aku mencarimu dimana-mana
suaramu kudengar dimana-mana
aku tahu senyummu manis semanis madu
aku tahu pipimu gebu untuk kuhirup wanginya
aku merinduimu saban waktu

Wahai puteriku sayang
menjelmalah sekarang
tidak tertahan rasanya bara rinduku
wahai puteri impian
akan kuberikan permata yang kau minta
walaupun kau tahu
aku hanya mahukan senyum dan tawa riangmu

Puteri Impianku
marilah dalam dakapanku
untuk kepeluk tubuhmu seeratnya
aku menantimu
didalam mahligai impianku.

PUTERA IMPIAN

Sabtu, 5 Julai 2008

LAMAN YANG TERBENTANG LUAS INI .......

KEPADA TETAMU TERHORMAT, SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN… ANDA TENTU BANYAK PERKARA YANG MAHU DIKONGSI BERSAMA, APA SAHAJA PERKARA, HANTARLAH KEPADA SAYA, KECIL RUANG INI… SEANTERO DUNIA MAYA SAYA HAMPARKAN…. BAGAIMANAPUN, JIKA PERLU, SUNTINGAN TERHADAP KIRIMAN ANDA SELAGI TIDAK MENGHILANGKAN MAKSUDNYA.

LAMAN TERBENTANG LUAS INI, MENJADI CITA-CITA SAYA UNTUK DIISI DENGAN KEMUDAHAN ASAS YANG SELENGKAPNYA. LAMAN INDAH INI AKAN SAYA ISI DENGAN TULISAN-TULISAN BERFAEDAH. IA AKAN MENJADI RUJUKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG INGINKAN UNTUK MEMANDY HIDUP MASING-MASING KEARAH KESEMPURNAAN (MUSTAHILLLAH KALAU 100% LENGKAP) BARANGKALI UNTUK SEADANYA, TIDAKLAH MENJADI MASALAH.

Jumaat, 4 Julai 2008

TERUSKAN BERSAMA SAYA

WALAUPUN BARU DISINI, SAYA SUDAH LAMA BERPIJAK DIBUMI NYATA, WALAUPUN KITA AKAN HANYA BERTEMU DIALAM MAYA. SOKONGAN ANDA SANGAT MENJADI HARAPAN SAYA, BILA-BILA MASA, DIMANA SAHAJA, SELUAS ALAM, SEADANYA SAYA, PERCAYALAH, ANDA SEDANG BERSAMA SAYA UNTUK MENIKMATI KEINDAHAN ....

PUISI CINTA BUAT PUTERI IMPIAN

salahkah aku menyayangimu
salahkah aku merinduimu

sesungguhnya aku menyayangi dan merinduimu

aku merindui senyummu
aku merindui harum baumu
aku merindu riang tawamu sayang

KEKASIHMU

KISAH KEHIDUPAN: PUTERI IMPIAN

PUTERI IMPIAN

Segala-galanya bermula kerana salah nombor. Menjadikan aku berkasih dengannya dialam fantasi yang mengasyikkan. Sungguhpun ia kisah fantasi tetapi Puteri Impian seperti nyata dalam hidupku. Aku rindukan dia. Aku sayangkan dia. Aku tahu dia juga sayangkan aku. Dari suaranya, aku tahu dia amat sayangkan diriku. (Ikuti kisah seterusnya....)